
Formasi ‘V’ merupakan yang paling umum dilihat di udara, walaupun setiap jenis burung memiliki formasi berbeza tetapi sering ada burung di paling hadapan dimana kita anggap ia adalah ketua.
Tapi sebenarnya burung yang berada paling depan bukan ketua, mereka berganti posisi secara bergilir-gilir untuk menghasilkan pusaran udara!
Fenomena sekumpulan burung terbang sering dilihat ketika waktu pagi dan senja, mereka kembali atau pindah ke tempat lain yang lebih selamat. Burung mampu rasa perubahan alam yang mengganggu kehidupan mereka, seperti perubahan suhu global yang tidak sesuai dengan ekosistem.
Contoh yang boleh dilihat ialah ketika terjadinya letusan gunung, sekumpulan burung akan menjauhi lokasi tersebut.
MENCIPTA PUSARAN UDARA
Dengan formasi yang dibentuk, sekumpulan burung tersebut mampu melakukan penerbangan berjam-jam dan menempuh jarak ratusan kilometer.
Spesis ini menggunakan pusaran udara yang dihasilkan dari kepak sayap ‘ketua burung’ sehingga membentuk pusaran udara. Burung yang berada dibelakangnya akan merasa bagaikan terbang tanpa keluarkan tenaga atau hampir tanpa mengepakkan sayap.
Ramai penyelidik telah menyedari dan memahami bahawa burung memanfaatkan tenaga udara ketika terbang dalam bentuk formasi ‘V’.
Ketika burung terdepan mengepakkan sayap, ia akan menghasilkan pusaran udara dimana udara tersebut akan menolak kawan di belakangnya ke atas (pushed upwards). Sehinggakan setiap burung yang berada di belakang kawanan formasi ini akan dapat ‘tumpangan percuma’, menguntungkan dalam penggunaan tenaga.
Burung tahu bagaimana memanfaatkan fenomena tersebut dalam penerbangan mereka. Sejak dahulu pelbagai formasi mungkin pernah kita lihat di udara tetapi tujuannya tetap sama iaitu menghasilkan pusaran udara.
Mekanisme ini kelihatan rumit, tetapi dalam formasi ‘V’ menunjukkan kesedaran luar biasa dan kemampuan burung untuk merespon rakan mereka.
Sekumpulan burung yang terbang dalam formasi akan mengembangkan tahap dan strategi untuk mengatasi jalur gelombang dinamis atau pergolakan (turbulence) akibat dari mengepakkan sayap.
Pada umumnya, sebahagian besar sekumpulan burung membentuk formasi ‘V’, tetapi ada juga formasi lain yang jarang dilihat.
Dalam sebuah kajian, pasukan penyelidik memasang sensor pada sayap burung ibis yang akhirnya ikut dalam formasi sekumpulan burung lain. Data yang diperolehi dari penerbangan sekumpulan burung ibis, penyelidik menghitung setiap burung berada pada jarak satu meter di belakang burung lain dan sekitar satu meter di sebelahnya.
Jadi ada titik selamat dalam penerbangan formasi dimana setiap burung mendapat ruang dua meter kubik. Dalam formasi ini juga ditemui pada burung lain yang saling bertukar posisi dan mengubah ‘pemimpin’ yang berada di paling hadapan.
Penerbangan sekumpulan burung dalam formasi ‘V’ telah menunjukkan bahawa haiwan yang terbang mampu menjimatkan tenaga.
Menurut data laporan kajian pada tahun 2001, denyut jantung sekumpulan burung undan yang berada di belakang lebih lambat daripada burung di depan.
Di sini dapat kita lihat, apabila ‘ketua burung’ merasa letih, posisinya akan diganti dengan burung lain. Itu sebabnya perjalanan sekumpulan burung mampu bertahan selama berjam-jam menempuh jarak ratusan kilometer!
Sumber : Klik sini

