Kenapa Trent kena boo..

Kenapa Trent kena boo?

Kisah dia macam ni. Trent ni anak emas kelab. Dia ni dibina dan dibentuk dari akademi lagi. Jadi apabila ada scouser jadi world class, maka Liverpool FC anggap itu satu kejayaan besar dan simbol kelab ini dengan kejayaan local lad.

Kau je cakap anak jati tak penting. Anak jati penting sebab kelab ni ada fanbase dia tesendiri. Sebab tu PSG dulu fans dia anggap Mbappe ni simbol kelab mereka walaupun dia bukan akademi PSG pun asal.

Tapi dia adalah budak Paris.

Oleh sebab bola sepak Eropah ni sarat dengan pemain luar. Kadangkala konteks anak jati ini dipasang lebih besar. Misalnya pemain England membanggakan kelab England di London. Walaupun dia bukan asal London.

Tapi apa yang paling membanggakan peminat apabila ada anak jati yang lebih jati macam lahir di kampung sebelah kelab mereka. Itu adalah kejayaan yang akan dibanggakan

Bukan mudah anak jati ni nak rebut tempat dengan pemain dari Brazil dan Argentina misalnya. Itu stereotaip orang sana la.

Baik untuk Trent.

Sebelum ini ada 3 pemain penting Liverpool kontrak mereka nak habis. Mo Salah, VVD dan Trent.

Daripada 3 nama ini. Trent adalah keutamaan. Selain daripada usianya yang muda, dia juga anak jati Liverpool dan kebanggaan akademi.

Sebab itu Mo Salah selaku cakap: “Tak dok pung mereka offer kontrak kat aku. Dok nunggu gok tapi Tadok apa atas meja.”

Sementara VVD pun sama. Dia cakap buat masa ini kontrak dia dan Liverpool tak pasti. Dan dia dah ready dengan pilihan lain.

Sebab kelab tak oleh berunding sekali dengan ketiga tiga mereka dalam satu masa yang sama.

Kerana 3 pemain ini marquee player. Tak tahu berapa pakej gaji yang akan dimuktamadkan. Nanti kena pula FFP.

Lalu Liverpool offer kontrak besar buat Trent. Taun lepas dia cakap hold tak payah gelabah.. dia nak fokus aksi atas padang. .

Dia sidai Liverpool teruk tu. Kemudian Liverpool offer tawaran gaji lebih besar daripada Real Madrid. Dia KIV.

Dia tak cakap dia nak blah atau tak extend kontrak. Liverpool yakin antara 3 mamat ni Trent yang akan lebih setia sebab dia anak jati Liverpool.

Liverpool dapat offer taun lepas daripada Real Madrid sekitar 30 juta Euro macam tu. Tapi Liverpool tolak sebab Trent tak ada menyatakan dia berminat ke Real.

Kenapa?

Satu perkara yang jelas, Trent nakkan yuran bonus tandatangan sebagai free agent. Dia boleh cekau puluhan juta Euro.

Dan lepas Klopp umum blah, masa ni Trent dah rasa dia pun nak blah ke Madrid. Bagi aku Anot decide dia blah selepas Klopp umum angkat kaki. Dia tak nampak projek di Liverpool ini boleh pergi jauh lagi.

Ye la, tak sign pemain baru. Lantik pengurus yang tak ada rekod kuat di Eropah. Mana dia sangka Slot boleh bawa Liverpool jadi juara EPL.

Tapi dia tak beritahu kalab pada pra musim lalu.

Kalau tak kelab boleh usaha jual dia atau bangunkan Conor Bradley dengan lebih minit permainan. Tak semestinya Bradley terus jadi pemain utama. Namun dia akan dilatih lebih intensif.

Dan Trent terus sidai Liverpool sehingga Januari lalu dia pun ada nego dengan Madrid.

Masa ini barulah Liverpool beralih kepada Mo Salah. Apabila Liverpool umum Salah stay. Masa ni aku dah tau Trent memang akan blah. Sebab sepatutnya Trent umum dulu. Baru Salah.

Kemudian VVD pun sign dan akui lega dapat kontrak baru.

Kenapa dia kena boo? Ini adalah masalah modern day football. Pemain tamakkan duit dan membuatkan kelab dalam keadaan tidak dapat mengawal perpindahan mereka untuk menjual.

Salah pemain? Tak. Sebab memang sekarang ini pemain berebut rebut nak jadi free agent supaya duit masuk poket ejen dan diri sendiri.

Adakah Liverpool terdesak nakkan yuran perpindahanm?? Untuk kelab macam Liverpool atau big six. Mereka bukan feeder (kelab penjual). Lagipun FFP Liverpool ok dan main UCL. So biasalanya kelab ok untuk pemain pergi sebagai free agent.

Sebab itu siap ada video khas kelab buat dan akan bagi farewelll buat Anot.

Cuma fans ni terkilan sebab Anot pilih ke Real Madrid . Dikira rival di Eropah untuk Liverpool la. Kelab yang dua kali lenyek Liverpool di final UCL. Dengan Anot sendiri dalam team.

So fans boo dia sebab benda macam ni la. Sedangkan dua mamat yang langsung tak ada kaitan dengan Liverpool masa kecil lebih setia dan percayakan projek di Liverpool berbanding Anot.

Aku sebagai fans yang tak lahir di Anfield aku ok je dia blah. Lagipun dia dah memang segalanya di kelab ini. Dia adalah bek kanan legenda. Tapi kita tak sama dengan mereka sana woi. Sana siap buat mural untuk Anot.

Leave a comment