Pernahkah anda melihat masjid yang dibina dari agar-agar? Agak menakjubkan bukan? Hehe..sebenarnya agar-agar tersebut dipotong-potong menjadi bentuk masjid. Penjual agar-agar dari Indonesia ini menggunakan seni kreatifnya untuk menghasilkan agar-agar yang berbentuk masjid bagi menarik perhatian pembeli terutamanya anak-anak kecil. Apatah lagi warna agar-agar tersebut juga menarik.
Keramahan dan kepetahan penjual agar-agar tersebut juga menarik perhatian para pembeli. Harga yang ditawarkan untuk agar-agar tersebut cuma 2000 rupiah sahaja bersamaan dengan 50 sen Malaysia. Saksikan video penjual agar-agar tersebut yang dipaparkan dalam youtube baru-baru ini.
Sumber : Klik sini

