Saya menjangkakan Haji tahun ini akan ada sesuatu akan berlaku. Dan Allah takkan zohirkan buat yang tak pernah ‘take care’ pasal Haji & Saudi..
Tahun saya tunaikan haji ni 2023 & tahun ni ada beberapa jemaah Malaysia mental & kemurungan.
Tahun lepas pula viral video jenazah terbaring berjam² tepi jalan tanpa bantuan segera. Bukan seorang dua, jangan terkejut dikatakan pihak akhbar anggaran 700 orang yang meninggal dunia! ![]()
Pesanan kerdil dari saya kita dah akhir zaman, dah² la collect harta atau bagi alasan lagi untuk tangguhkan rukun islam ke 5 ni.
Gadaikan apa harta yang ada. Tanah, gelang emas, saving dalam bank & sebagainya.

Ianya rukun, bukan sunat. Allah hanya berikan kelonggaran buat yang tak mampu. Saya ulang TAK MAMPU. Kalau dah tanah berekar², kereta beberapa biji, emas beratus gram, saving berpuluh ribu, rumah mungkin lebih dari sebijik, bisnes laku keras, takyah la simpan masa tua nanti, sebab masa mati boleh datang tiba². Kita pencen dalam kubur sahaja lah. Anak² dah besar tu pandai² mereka cari rezeki sendiri macam kita kerja keras demi sesuap nasi zaman bujang dulu, takyah wasiat kan nama mereka dah. Kita mati nanti mereka asyik bergaduh berebut pulak. Tak pasal² kita bawak saham dosa pulak ngadap mungkar nakir.
Yang kononnya miskin atau asyik ratib takde duit pula, anda bukan miskin harta sebenarnya, tapi miskin JIWA.. Mana jiwa meronta² rindukan baitullah & ziarah Rasulullah SAW?!
Ada berdoa siang malam tak? Ada tangisan air mata kerinduan nak ziarah maqam Rasulullah SAW tak? Kadang Allah tidak memanggil orang yang mampu, tetapi Allah memampukan orang yang terpanggil. Ada beberapa org student saya tetiba dapat panggilan dari orang tak dikenali sponsor ke tanah suci, salah seorang tu siap disponsor orang tuanya skali. Banyak kan kisah sebegitu kita pernah dengar..
.
Saya pun bukan kaya raya pergi haji berpuluh ribu cash, tapi saya sedar(consciousness) tentang definisi ‘khalifah'(Al-Baqarah 30). Tahun 2022 saya bawak keluarga hampir 10 orang tunai umrah termasuk seorang follower saya habis anggaran hampir RM100k. Nak cite ajaibnya Allah bagi rasa tak surut pun harta. Kemudian berniaga pula seronoknya Allah jer yg tahu. Sebab ketenangan hidup milik Dia kan. Rezeki bukan soal harta & wang ringgit semata, tapi barokah hidup. Tak tahu apa maksud barakah atau berkat? ChatGpt atau Google ada….
Tapi…
Benda ni cakap lah banyak mana pun, kalau takde consciousness tentang hidup ni, tentang fungsi khalifah surah baqarah 30 tadi, tengok sahajalah gambar Kaabah
, dengar sahajalah lafaz talbiyah corong radio & TV, tonton sahajalah video viral kematian jemaah di Mekkah.
Hati bila tertutup, akan cipta banyak alasan: “umur panjang lagi Inshaallah ada rezeki 1 hari nanti…”
Bukan kuat kan dorongan, “buat apa harta ada sekarang, izrail bila ntah akan datang, bersedia kah aku?…”
Lagi 1, kita dah di penghujung zaman, Saudi pula ada merancang sesuatu 2030 nanti. Tak caya sampai Mekkah nanti boleh tengok kiri kanan, depan belakang ‘Vision 2030’ skali terpampang gambar sultan mereka disanjungi tu.. Visi ni buat mereka yang ada ‘consciousness’ tadi, pasti takut & risau jika lambat² tunaikan rukun islam ke 5 ni..
Sekian,
Hanif Ahmad, teguran buat diri sendiri sahaja ni…
Melontar Jamrah, Mina | 29 Jun 2023
Sumber : Klik sini

