Drama tebusan Penjara Pudu yang menggemparkan negara

Pada 17 Oktober 1986, Penjara Pudu menjadi saksi kepada drama tebusan yang menggegar negara.

Jimmy Chua, seorang banduan yang dihantui hukuman gantung atas p3mbunuh4n polis, bersama lima konconya, nekad menawan Klinik Penjara Pudu.

Dr. Rafdzi Jaafar dan pembantunya telah dijadikan sebagai tebusan.

Mereka menuntut kebebasan, wang, dan sebuah kenderaan.

Permintaan gil4 yang ditolak keras oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Mohd Zaman Khan.

Berhari-hari rundingan menemui jalan buntu, namun Jimmy Chua dan pengikutnya tetap percaya mereka punya “kuasa” untuk buat tuntutan.

Di luar tembok klinik, perancangan rapi sedang diatur.

Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, mengarahkan Unit Tindakan Khas (UTK) menyerbu tanpa senjata api, satu langkah berani yang mengutamakan nyawa tebusan.

Pada hari keenam, ketika Jimmy Chua dan kumpulannya lena dibuai mimpi kebebasan, 12 anggota UTK menyelinap masuk.

Tiada tembakan, tiada pertumpahan darah yang tidak perlu.

Hanya rotan dan cota yang menjadi saksi penangkapan semula para pemberontak ini.

Jimmy Chua dan konco-konconya yang cuba mengelak hukuman, akhirnya berhadapan dengan takdir yang lebih pahit.

Didakwa di bawah Akta Culik, mereka semua digantung pada 10 Oktober 1989.

Usaha mereka untuk mengelak kem4ti4n hanya membawa mereka lebih dekat kepadanya.

Leave a comment